JOHOR BAHRU: Penerapan ajaran agama Islam di Johor adalah menyeluruh dan meliputi segenap aspek termasuk dalam pentadbiran serta pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata ajaran Islam juga sentiasa dipupuk secara konsisten menerusi pelbagai program berkaitan al-Quran yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor selama ini.
"Johor tidak memandang ke belakang dalam mempertahankan agama Islam, Islam adalah agama negeri dan ia hendaklah berkekalan selama-lamanya.
"Pentadbiran agama Islam di negeri juga sentiasa dipupuk secara konsisten, banyak program Islam khususnya berkaitan al-Quran dilaksanakan malah anak-anak di Johor turut dipastikan menerima pendidikan agama yang turut menyediakan pembelajaran al-Quran dan sistem Sekolah Agama Johor juga telah berusia lebih 100 tahun," katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan dan berbesar hati apabila Johor dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran MTHQK kali ini selepas ia tidak dapat diadakan sejak dua tahun lepas apabila negara dilanda pandemik COVID-19.
Kali terakhir Johor menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran ialah pada 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
MTHQK, yang bermula hari ini, berlangsung selama enam hari di Pusat Islam Iskandar.
Seramai 110 orang mengambil bahagian pada MTHQK kali ini, yang bertema 'Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti' dengan 29 menyertai Majlis Tilawah Al-Quran manakala 81 lagi menyertai Majlis Hafazan Al-Quran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.